Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak
perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak
sempat bagitau?silakan baca.
1. Bila sorang wanita mengatakan dia
sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu
selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan
hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda
yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita
yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh
cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan
cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan
pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis
yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar
sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah
buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula
menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur
dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang
mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan
isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu
perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius
boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang
dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya
melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan
dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita
tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu
erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang
wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi
seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang
tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama
dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk
memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa
yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini
lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari
cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas
keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di
sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa
ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat
teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum'
sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang
tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki
yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang
paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan,
ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang
lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali
orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga
atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan
bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan
ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada
lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak
memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil
hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa.
No comments:
Post a Comment